OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Jualan OPPO F9, Kini Hanya RM1199 Comments Off on OPPO Malaysia Umum Penurunan Harga Jualan OPPO F9, Kini Hanya RM1199

Bersempena musim perayaan dan juga cuti sekolah, OPPO Malaysia telah mengumumkan satu khabar gembira dengan menurunkan harga jualan rasmi untuk model OPPO F9 di negara ini. Dijual pada harga asal RM1399, OPPO F9 telah menerima penurunan harga sebanyak RM200 dan kini menjadikan harga rasminya hanya RM1199.

OPPO F9 telah menyokong teknologi pengecasan pantas SuperVOOC Flash Charge yang mampu mengecas daripada 0% hingga 40% dalam tempoh 10 minit. Ia juga hadir dengan skrin 6.3 inci FHD+, dikuasakan oleh MediaTek Helio P60 yang diserikan dengan antaramuka ColorOS 5.2, memori 6GB + 64GB dan juga bateri 3500 mAh.

Untuk penggambaran pula ia menyokong kamera swafoto 25MP (f/2.0), dan juga dwi kamera utama beresolusi 16MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4). Terdapat tiga warna pilihan ditawarkan iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend