Oppo Malaysia Umum Akan Bawa Masuk F11 Pro Pada Bulan Mac Ini Comments Off on Oppo Malaysia Umum Akan Bawa Masuk F11 Pro Pada Bulan Mac Ini

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka sedia membawa masuk Oppo F11 Pro pada bulan Mac ini untuk pasaran tempatan. Kehadiran Oppo F11 Pro nanti seterusnya akan menggantikan Oppo F9 yang sudah hampir tujuh bulan berada di pasaran.

Menariknya, peranti generasi terbaharu ini menawarkan kamera 48MP berbanding 25MP pada model sebelumnya. Slogan yang digunakan pada kali ini “Get it right. In low light” mungkin merujuk kepada ciri penggambaran malam. Kemungkinan besar ia akan dilengkapi mod ‘Night’ seperti yang ditawarkan pada R17 Pro.

Selain daripada itu, pihak Oppo Malaysia turut mengesahkan Oppo F11 Pro akan didatangkan dengan rekaan warna yang lebih cantik serta kemas berbanding model terdahulu.

Oppo Malaysia tidak mendedahkan sebarang spesifikasi lanjut mengenai peranti. Bagaimanapun anda boleh menyemak artikel kami yang lepas untuk melihat reka bentuk sebenar yang didakwa Oppo F11 Pro.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend