OPPO Malaysia Sahkan Pelancaran OPPO F9 Pada 16 Ogos 2018 Nanti Comments Off on OPPO Malaysia Sahkan Pelancaran OPPO F9 Pada 16 Ogos 2018 Nanti

Pada penghujung bulan Julai yang lalu, OPPO Malaysia ada berkongsi imej acah model terbarunya iaitu OPPO F9 yang dikatakan akan dilancarkan pada bulan ini. Walaupun tidak mendedahkan sebarang maklumat berkaitan model terbarunya dari siri F itu, kami telah berjaya merungkai spesifikasi awal OPPO F9 tersebut.

Nampaknya penantian itu bakal terjawab apabila hari ini OPPO Malaysia telah mengesahkan tarikh pelancaran rasmi OPPO F9 di Malaysia pada 16 Ogos 2018 nanti. Jadi bagi mendapatkan maklumat seperti spesifikasi penuh, fungsi menarik dan juga harga jualannya untuk pasaran tempatan, pastikan anda terus mengikuti kami pada hari pelancaran itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend