OPPO Malaysia Sah Akan Lancar Siri OPPO Reno3 Di Negara Ini Tidak Lama Lagi Comments Off on OPPO Malaysia Sah Akan Lancar Siri OPPO Reno3 Di Negara Ini Tidak Lama Lagi

Dilancarkan secara rasmi pada Mac yang lepas, hari ini OPPO Malaysia telahpun mengesahkan akan melancarkan siri OPPO Reno3 untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun buat masa ini tarikh pelancaran siri OPPO Reno3 di negara ini masih lagi belum didedahkan secara rasmi. Namun berdasarkan imej acah yang dikongsikan, OPPO Malaysia telah memperlihatkan kehadiran model OPPO Reno3 Pro dengan sokongan dwi kamera depan.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada OPPO Malaysia akan membawa masuk model OPPO Reno3 ataupun tidak, jadi nantikan pengumuman rasminya dalam masa terdekat ini.

Spesifikasi OPPO Reno3 Pro dan OPPO Reno3:

OPPO Reno3 ProOPPO Reno3
UIColorOS 7 (Android 10)ColorOS 7 (Android 10)
CipsetMediaTek Helio P95MediaTek Helio P90
Memori8GB RAM
128GB / 256GB
8GB RAM
128GB
Skrin6.4 inci Super AMOLED
FHD+ (2400×1080 piksel)
6.4 inci Super AMOLED
FHD+ (2400×1080 piksel)
Kamera depan44MP + 2MP44MP
Kamera utama64MP + 13MP + 8MP + 2MP48MP + 13MP + 8MP + 2MP
Bateri4025mAh
VOOC Flash Charge 4.0
4025mAh
VOOC Flash Charge 3.0
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend