OPPO Malaysia Mungkin Akan Membawa Masuk Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini Untuk Pasaran Tempatan Comments Off on OPPO Malaysia Mungkin Akan Membawa Masuk Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini Untuk Pasaran Tempatan

Bersempena majlis pelancaran OPPO Find X secara rasmi untuk pasaran tempatan, OPPO Malaysia turut mempamerkan satu lagi varian istimewa model tersebut dengan kemunculan Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini untuk tatapan media tempatan.

OPPO Find X edisi istimewa ini sebenarnya masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang hampir sama dengan varian biasa. Namun ia telah menampilkan kemasan panel belakang yang lebih unik dengan sentuhan kemasan mirip gentian karbon yang sememangnya sinonim dengan kereta berkuasa tinggi keluaran Lamborghini.

Selain itu Edisi OPPO Find X Automobili Lamborghini juga merupakan peranti pertama dari OPPO yang akan menyokong teknologi pengecasan yang sangat pantas iaitu SuperVOOC Flash Charge. Dengan sokongan output pengecasan 10V5A atau bersamaan 50W ini berupaya mengecas penuh bateri berkapasiti 3400 mAh dalam tempoh 35 minit sahaja.

OPPO Malaysia telah berkongsi dengan media tempatan bahawa mereka berkemungkinan akan membawa masuk edisi istimewa OPPO Find X ini untuk pasaran tempatan, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut berhubung harga dan juga tarikh ketersediaan di pasaran didedahkan buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend