OPPO Malaysia Mungkin Akan Lancar OPPO Reno Versi Snapdragon 710 Sahaja Pada 16 Mei 2019 Nanti Comments Off on OPPO Malaysia Mungkin Akan Lancar OPPO Reno Versi Snapdragon 710 Sahaja Pada 16 Mei 2019 Nanti

Hari ini OPPO Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon pintar terbaharunya – OPPO Reno, untuk pasaran tempatan menjelang minggu depan iaitu pada 16 Mei 2019. Sebagaimana yang kita ketahui, OPPO Reno tersedia dalam dua varian iaitu OPPO Reno versi Qualcomm Snapdragon 710, dan juga OPPO Reno 10x Zoom versi Qualcomm Snapdragon 855.

OPPO Reno varian SD710 (kiri) dan OPPO Reno varian SD855 dengan modul kamera periskop (kanan).

Namun berdasarkan emel yang telah dikongsikan, OPPO Malaysia mungkin akan membawa masuk hanya satu varian sahaja iaitu OPPO Reno versi Snapdragon 710. Ia juga akan tersedia dengan dwi kamera utama beresolusi 48MP + 5MP, paparan skrin penuh berukuran 6.4 inci AMOLED FHD+, dan juga bateri berkapasiti 3765 mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge.

Buat masa ini pihak OPPO Malaysia tidak pula mendedahkan varian apa yang akan dibawa masuk ke Malaysia memandangkan OPPO Reno tersedia dalam tiga konfigurasi memori berbeza iaitu 6GB + 128GB, 6GB + 256GB dan juga 8GB + 256GB. Melalui gambar yang diterima, OPPO Reno untuk pasaran Malaysia mungkin akan menerima dua pilihan warna iaitu biru dan hijau.

Baca juga:

Oppo Reno 10X Akan Dilengkapi Zum Digital 60x, Lebih Banyak Daripada Huawei P30 Pro

OPPO Reno Dilaporkan Menggunakan Teknologi Rakaman Audio OZO Daripada Nokia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend