OPPO Malaysia Mengesahkan Tarikh Pelancaran Siri OPPO Find X2 Untuk Pasaran Tempatan Pada 10 Mac 2020 Comments Off on OPPO Malaysia Mengesahkan Tarikh Pelancaran Siri OPPO Find X2 Untuk Pasaran Tempatan Pada 10 Mac 2020

Berikutan pembatalan acara tahunan MWC 2020, OPPO sebelum ini telahpun menunda tarikh pelancaran global untuk siri OPPO Find X2 pada 6 Mac 2020 nanti. Di dalam majlis tersebut, OPPO dijangka akan memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model iaitu Find X2 dan juga Find X2 Pro.

Ternyata peminat OPPO di negara ini tidak perlu menunggu lama kerana OPPO Malaysia sendiri telah mengesahkan akan membawa masuk siri OPPO Find X2 di negara ini melalui majlis pelancaran rasmi yang dijadualkan akan berlangsung pada 10 Mac 2020.

Melalui perkongsian daripada OPPO Malaysia sendiri, siri Find X2 akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, menyokong dwi modul rangkaian 5G (SA/NSA), teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 dengan output 65W, dan juga paparan skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Untuk maklumat lanjut berhubung harga dan juga ketersediaan jualan siri OPPO Find X2 di Malaysia, nantikan laporan seterusnya daripada kami pada 10 Mac 2020 ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend