OPPO Malaysia Mengesahkan Kehadiran Model Find X Untuk Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi Comments Off on OPPO Malaysia Mengesahkan Kehadiran Model Find X Untuk Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Lebih kurang selepas empat tahun siri Find diperkenalkan, akhirnya OPPO telah melancarkan model terbaru untuk siri popular itu dengan pelancaran OPPO Find X di Paris pada 19 Jun 2018 yang lalu. Hari ini OPPO Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk model flagship premium itu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak OPPO Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh rasmi ketibaannya untuk pasaran di Malaysia. OPPO Find X dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, dioperasikan oleh ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo, menyokong paparan skrin OLED FHD+ berukuran 6.4 inci, ruang storan 256GB, dan juga RAM berkapasiti 8GB.

OPPO Find X hadir dengan dwi kamera utama beresolusi 16 Megapiksel + 20 Megapiksel dan juga kamera hadapan 25 Megapiksel dengan sokongan 3D Portrait Lighting serta Omoji. Apa yang istimewanya, ia hadir dengan mekanisma kamera pintar yang boleh disimpan di dalam kerangka secara automatik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend