OPPO Malaysia Berkemungkinan Akan Perkenal Warna Baharu Untuk Model OPPO A9 2020?! Comments Off on OPPO Malaysia Berkemungkinan Akan Perkenal Warna Baharu Untuk Model OPPO A9 2020?! 199

Hari ini OPPO Malaysia dilihat telah mula memuat naik sekeping imej acah yang mana akan menyaksikan satu lagi penawaran baharu produknya untuk pengguna tempatan yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Berdasarkan imej yang dikongsikan itu, ia jelas memperlihatkan rekaan kuad kamera mirip seperti OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020.

Melalui penerangan yang dimuat naik bersama-sama dengan imej acah tersebut, kami berpendapat ia mungkin merujuk kepada ketersediaan warna baharu dan bukannya model baharu. Jika diperhatikan, kombinasi warna yang akan diperkenalkan ini mirip seperti warna Breathing Crystal pada siri HUAWEI P30.

OPPO A5 2020 dalam warna ‘Dazzling White’.

 

Memandangkan OPPO A5 2020 sudahpun ditawarkan dalam warna putih iaitu Dazzling White, jadi berkemungkinan besar ia merupakan warna baharu yang akan diperkenalkan untuk model OPPO A9 2020 yang sebelum ini diperkenalkan dalam warna Space Purple dan Marine Green.

Baca juga:

OPPO A9 2020 – 9 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Peranti Dengan Bajet Bawah RM1200 Ini?!

Beli Telefon OPPO Dan Dapatkan Tiket Larian Malam Serta Peluang Memenangi Hadiah Sehingga RM10k

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend