OPPO Malaysia Bakal Melancarkan Semula Siri R Untuk Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi Comments Off on OPPO Malaysia Bakal Melancarkan Semula Siri R Untuk Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Hari ini OPPO Malaysia telah berkongsi satu gambar yang mempamerkan perkataan ‘R You ready?’ dengan penggunaan huruf ‘R’ yang dibesarkan di dalam akaun Twitter rasmi milik mereka. Apa yang menariknya, perkongsian ini secara tidak langsung telah mengesahkan kehadiran semula siri R di negara ini selepas model terakhir dari siri itu iaitu OPPO R9s Plus yang dilancarkan pada awal tahun lalu.

Walaupun masih belum didedahkan model apa yang akan dilancarkan untuk pasaran tempatan itu nanti, adalah tidak mustahil OPPO Malaysia akan membawa masuk model OPPO R15 yang baru sahaja dirasmikan pada Mac 2018 di China.

OPPO R15 membawakan rekaan skrin AMOLD FHD+ dengan takuk berukuran 6.28 inci, dikuasakan dengan MediaTek Helio P60, dioperasikan  oleh ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, kombinasi storan 128GB + RAM 6GB, dwi kamera 16 Megapiksel + 5 Megapiksel, kamera hadapan 20 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3450 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend