OPPO Malaysia Anjur Peraduan Fotografi Dengan Menawarkan Hadiah Bernilai Sehingga RM95,000 – 22 Julai Hingga 20 Ogos 2019 Comments Off on OPPO Malaysia Anjur Peraduan Fotografi Dengan Menawarkan Hadiah Bernilai Sehingga RM95,000 – 22 Julai Hingga 20 Ogos 2019 265

Melalui kerjasama dengan media, rakan telco dan juga platform e-dagang tempatan, OPPO Malaysia kini telah menganjurkan peraduan fotografi ‘Beyond Your Vision Photography Contest’ yang berlangsung pada 22 Julai hingga 20 Ogos 2019 nanti.

Bagi yang berminat untuk menyertai peraduan ini, terdapat empat kategori berbeza boleh disertai iaitu ‘Story of The World’, ‘Story of Creativity’, Story of The Night’, ‘Story of The People’ dan juga ‘Story of Patriotism’. Apabila peserta telah memilih kategori yang ingin disertai, mereka dikehendaki mengambil gambar yang bersesuaian dan watermark OPPO perlulah diaktifkan pada hasil gambar yang diambil.

Hasil gambar itu boleh dikongsikan ke akaun Instagram dengan meletakkan tanda pagar #BeyondYourVision#OPPORenoSeries dan juga tanda pagar kategori yang telah dipilih seperti berikut #StoryofTheWorldxOPPOmy, #StoryofCreativityxOPPOmy, #StoryofTheNightxOPPOmy, #StoryofThePeoplexOPPOmy, atau #StoryofPatriotismxOPPOmy.

Peraduan fotografi ini menjanjikan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM95,000, antara hadiah yang boleh dimenangi termasuklah seperti berikut:

  • OPPO Reno Barcelona Limited Edition with 10x Hybrid Zoom – Pemenang ‘Category’
  • Coros PACE GPS Multisport Watch – Pemenang ‘Special Prize’
  • Gimbal Stabilizer – Pemenang ‘Excellent Reward’
  • Barangan Eksklusif OPPO – Pemenang ‘Consolation Prize’

Pemenang peraduan ini akan diumumkan pada 22 Ogos 2019 melalui laman rasmi OPPO dan juga media sosial rasmi OPPO. Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ‘Beyond Your Vision Photography Contest’, sila layari https://oppomalaysia.com.my/beyondyourvision/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend