OPPO Malaysia Akan Melancarkan OPPO A92 Tidak Lama Lagi Comments Off on OPPO Malaysia Akan Melancarkan OPPO A92 Tidak Lama Lagi

Sejak sebulan ini OPPO telah melancarkan sejumlah model telefon pintar terbaru dan ada diantaranya telahpun dijual pasaran tempatan. Dua minggu lalu, OPPO A91 mula dijual kepada orang ramai pada harga RM999.

OPPO Malaysia dalam kenyataan media terbaru telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan OPPO A92 tidak lama lagi. Butiran mengenai peranti tidak disebutkan dan ini termasuklah berkenaan spesifikasi dan harga.

OPPO A92 masih belum diumumkan di mana-mana negara lagi tetapi baru-baru ini OPPO A52 telah dilancarkan di China. Menariknya ia mempunyai persamaan dengan A92 yang ingin dilancarkan kelak iaitu reka bentuk pada modul kamera belakang.

Jika kedua-duanya memiliki rupa luaran yang sama tidak mustahil OPPO akan membezakannya daripada segi spesifikasi. Apa-apapun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenai peranti di minggu-minggu akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend