OPPO Malaysia Akan Lancar Siri Find X2 Secara Penstriman Langsung Berikutan Isu COVID-19 Comments Off on OPPO Malaysia Akan Lancar Siri Find X2 Secara Penstriman Langsung Berikutan Isu COVID-19

Semalam OPPO telahpun melancarkan dua model terbaharunya iaitu Find X2 dan Find X2 Pro untuk pasaran global. Bahkan Malaysia bakal menjadi antara negara terawal menyaksikan pelancaran peranti ini pada 10 Mac 2020 nanti.

Namun atas usaha untuk mencegah penularan virus COVID-19 yang melanda negara, pengurusan OPPO Malaysia telah berbincang untuk menganjurkan acara pelancaran siri Find X2 secara penstriman langsung.

Dijadualkan akan berlangsung secara langsung pada 10 Mac 2020 (Selasa) jam 12 tengahari. Menariknya bagi yang menyaksikan dan berkongsi majlis pelancaran itu di Facebook rasmi https://www.facebook.com/malaysiaoppo/ akan turut berpeluang untuk memenangi OPPO Find X2 dan 12 unit OPPO Enco Free.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend