OPPO Mahu Bawa Reno2 Ke Malaysia Bulan Ini, Turut Lancar ‘OPPO Service Day’ Comments Off on OPPO Mahu Bawa Reno2 Ke Malaysia Bulan Ini, Turut Lancar ‘OPPO Service Day’ 150

OPPO Reno2 Series dilancarkan dalam tiga pilihan model iaitu Reno2, Reno2 Z, dan Reno2 F. Ketiga-tiga peranti ini telah diperkenalkan kepada umum pada bulan Ogos lalu dan dilaporkan akan memasuki pasaran bulan hadapan.

Terbaru, OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa Reno2 Series akan dilancarkan di negara ini lebih awal dari sepatutnya tidak lama lagi. Model apakah yang akan ditawarkan masih belum diketahui lagi buat masa ini. Apa yang pasti, ketiga-tiga model ini hadir dengan sistem kuadkamera belakang dengan paparan Super AMOLED yang menempatkan pengimbas cap jari bawah skrin.

Pada masa sama, OPPO turut melancarkan ‘OPPO Service Day’, hari yang mana para pelanggan boleh menghantar peranti mereka untuk diservis. Servis yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Percuma pembersihan dan penyelenggaraan telefon pintar.
  • Bengkel mini telefon pintar (pusat servis terpilih).
  • Diskaun untuk pembaikan (cabutan bertuah).
  • Baik pulih selama sejam.
  • Percuma naik taraf telefon pintar sepanjang hayat.
  • Percuma upah pasang untuk telefon pintar tamat waranti.
OPPO Service Centre Kuala Lumpur

‘OPPO Service Day’ yang pertama akan diadakan di OPPO Service Centre, Kuala Lumpur. Manakala ‘OPPO Service Day’ yang berikutnya akan diadakan pada setiap bulan melalui pengumuman di Facebook OPPO Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend