OPPO K3 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 710, RAM 8GB, Skrin AMOLED Dan VOOC 3.0 Comments Off on OPPO K3 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 710, RAM 8GB, Skrin AMOLED Dan VOOC 3.0

OPPO hari ini telah melancarkan model terbaharunya iaitu OPPO K3 di China bagi menggantikan model OPPO K1 yang sebelum ini dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2018 yang lalu.

Dari segi rekaan fizikal, OPPO K3 dilihat menampilkan paparan skrin penuh AMOLED berukuran 6.5 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Manakala kamera depannya pula sama seperti model OPPO F11 Pro dengan sokongan kamera terangkat beresolusi 16MP. Hadir dengan nisbah paparan 19.5:9, ia turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari dalam skrin generasi ke-6 dan juga perlindungan mata stroboscopic, serta fungsi Always-on Display.

OPPO K3 juga telah dikuasakan dengan pemproses kelas pertengahan daripada Qualcomm Snapdragon 710, RAM dengan kapasiti sehingga 8GB, ruang storan mencecah sehingga 256GB, dan juga tersedia dengan slot kad microSD. Selain itu ia juga memiliki bateri berkapasiti 3765 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge (20W).

Dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, OPPO K3 turut menjanjikan pengalaman permainan yang lebih baik dengan penyediaan GameBoost 2.0 dan juga TouchBoost bagi memastikan skrin sentuh yang lebih responsif. Ia juga menyokong teknologi LinkBoost 2.0 untuk sambungan rangkaian yang lebih berkuasa.

Oppo turut mengumumkan aksesori dengan teknologi Super VOOC

Keupayaan penggambaran OPPO K3 dibantu dengan konfigurasi dwi kamera beresolusi 16MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4, Depth sensor) yang tersedia dengan Ultra Clear Night View 2.0, pengecaman persekitaran AI, mod potret AI, mod malam tanpa tripod, dan juga teknologi pengurangan noise.

  • 6GB + 64GB – CNY1,599 (kira-kira RM970)
  • 6GB + 128GB – CNY1,899 (kira-kira RM1,152)
  • 8GB + 256GB – CNY2,299 (kira-kira RM1,395)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend