OPPO K1 Dengan Snapdragon 660 Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Akan Dilancarkan Pada 10 Oktober Comments Off on OPPO K1 Dengan Snapdragon 660 Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Akan Dilancarkan Pada 10 Oktober

OPPO baru-baru ini telah dilaporkan akan melancarkan satu lagi siri baharunya dengan kemunculan siri K yang dijadualkan berlangsung di China pada 10 Oktober nanti. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh OPPO melalui pendedahan poster pelancaran yang telah dikongsikan pada penghujung September lalu.

Model pertama yang akan diperkenalkan dalam siri tersebut merupakan OPPO K1, dan disasarkan untuk diselitkan antara siri R dan juga siri flagship keluaran OPPO. Walaupun buat masa ini tiada ketirisan imej OPPO K1 berjaya didedahkan, beberapa spesifikasi awal peranti ini telah berjaya disahkan melalui ujian yang dibuat pada aplikasi penanda aras Geekbench.

Selain kemasan panel belakang yang tampil dengan warna menarik, OPPO K1 juga dilihat menyokong rekaan takuk kecil mirip seperti OPPO F9.

OPPO K1 yang tampil dengan nama kod OPPO PBCM30 ini telah disahkan akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660, dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, dan juga menyokong RAM berkapasiti 6GB. Melalui perkongsian di TENAA, OPPO K1 dilengkapi dengan paparan skrin 6.4 inci Super AMOLED FHD+, dwi kamera utama 16MP + 2MP, kamera hadapan 25MP, dan juga bateri 3500 mAh.

Apa yang lebih menariknya, OPPO K1 juga dilaporkan menyokong teknologi pengimbas cap jari pada skrin dengan kemasan warna dua tona mirip seperti OPPO F9 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend