OPPO Find X2 Pro Dengan Kamera 48MP Kini Di Tangga Pertama DXOMARK Camera Comments Off on OPPO Find X2 Pro Dengan Kamera 48MP Kini Di Tangga Pertama DXOMARK Camera

Ternyata kedudukan tempat pertama di DXOMARK Camera yang dicatatkan oleh Xiaomi Mi 10 Pro, terpaksa berkongsi kedudukannya itu dengan pendatang baharu iaitu OPPO Find X2 Pro.

Memperolehi skor keseluruhan sebanyak 124 poin, OPPO Find X2 Pro turut mencatatkan skor gambar statik sebanyak 134 poin dan juga skor rakaman video sebanyak 104 mata. Sama seperti skor yang diperolehi oleh Xiaomi Mi 10 Pro.

OPPO Find X2 Pro hadir dengan sokongan tiga kamera beresolusi 48MP (Sony IMX689, f/1.7, OIS) + 48MP (Ultra Wide, Sony IMX586, f/2.2) + 13MP (Telephoto, Periscope, f/3.0). Tidak cukup dengan itu, ia turut menyokong Ultra Night Mode 3.0, 10x zum hibrid generasi kedua, dan juga sehingga 60x zum digital generasi kedua.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend