OPPO Find X2 Lite Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, Kuadkamera, VOOC 4.0 Comments Off on OPPO Find X2 Lite Dilancarkan Dengan Snapdragon 765G, Kuadkamera, VOOC 4.0

Bulan Mac yang lalu OPPO telah melancarkan dua telefon iaitu OPPO Find X2 dan Find X2 Pro. Versi Pro dijual pada harga RM4599 yang mana peranti ini adalah telefon 5G pertama yang dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Kini OPPO melancarkan pula versi ringan dalam siri yang sama, ianya dinamakan Find X2 Lite. Telefon ini tidak seperti dua model di atasnya, ia dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan yang dikuasakan cipset Snapdragon 765G yang membawakan sokongan 5G.

Find X2 Lite dilengkapi paparan AMOLED 6.4-inci dengan resolusi FHD+ berserta pengimbas cap jari pada skrin. Takuk titisan air pula menempatkan kamera depan 32MP dibelakang aperture f/2.0. OPPO turut memuatkan beberapa antena di sekeliling peranti supaya isyarat tidak terputus semasa bermain permainan.

Di bahagian belakang, kamera utama menawarkan sensor utama 48MP 1/2″, ultralebar 8MP, monokrom 2MP, dan kedalaman 2MP untuk penggambaran bokeh yang lebih baik. Kesemuanya adalah empat kamera yang diletakkan sebaris secara menegak.

Find X2 Lite hadir dengan bateri 4025mAh yang boleh dicas pantas melalui teknologi VOOC 4.0 30W. Telefon ini disokong memori 8GB RAM dan 128GB storan serta menjalankan sistem operasi ColorOS 7 berasaskan Android 10.

Di Eropah, OPPO Find X2 Lite dijual pada harga €499 (~RM2377) sebuah dengan pilihan warna Moonlight Black dan Pearl White. Buat masa ini tidak pasti sama ada ia akan dibawa masuk ke Malaysia ataupun tidak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend