OPPO Find X Lamborghini Edition Boleh Dicas Penuh Dalam 35 Minit Dengan Super VOOC Charge Comments Off on OPPO Find X Lamborghini Edition Boleh Dicas Penuh Dalam 35 Minit Dengan Super VOOC Charge

Selain mengumumkan pelancaran model flagship Find X terbarunya dengan model , OPPO juga turut melancarkan satu lagi varian Find X yang lebih premium dengan kehadiran model OPPO Find X Lamborghini Edition. Walaupun dilihat masih mengekalkan spesifikasi dan juga ciri-ciri unik sama seperti varian Find X biasa, edisi istimewa ini tampil lebih mewah dengan sentuhan eksklusif hasil kolaborasi bersama pembuat supercar dari Itali.

OPPO Find X Lamborghini Edition menampilkan rekaan panel belakang kaca dengan kemasan seperti gentian karbon. Malah logo Lamborghini yang diukir pada bahagian belakang kerangka ini turut menghasilkan efek 3D apabila dilihat dari sudut yang berbeza. Tidak cukup dengan itu, OPPO Find X Lamborghini Edition ini juga didatangkan dalam kotak pembungkusan dan juga aksesori yang diinspirasikan dari jenama mewah tersebut.

Apa yang lebih menariknya, OPPO Find X Lamborghini Edition dengan kapasiti bateri 3400 mAh ini merupakan telefon pintar pertama menyokong teknologi pengecasan pantas Super VOOC Charge yang berupaya menyokong output pengecasan maksimum sehingga 10V5A atau bersamaan dengan 50W. Ini bermakna ia mampu mengecas penuh bateri dari 0% hingga 100% dalam tempoh hanya 35 minit sahaja.

Dilengkapi dengan ruang storan yang lebih besar iaitu 512GB, OPPO Find X Lamborghini Edition akan dijual pada harga €1,699 (kira-kira RM7,883).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend