OPPO Find X Dengan Rekaan Kamera ‘Futuristik’ Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,699 Comments Off on OPPO Find X Dengan Rekaan Kamera ‘Futuristik’ Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM3,699

OPPO Malaysia hari ini dengan bangganya telah melancarkan telefon pintar flagship premium keluarannya secara rasmi untuk pasaran tempatan dengan kemunculan model yang paling dinanti-nantikan iaitu OPPO Find X. Berbeza dengan peranti flagship yang lain, OPPO Find X ternyata tampil lebih unik dengan rekaan kameranya yang ‘futuristik’.

Selepas empat tahun menyepi selepas model terakhirnya iaitu Find 7, OPPO Find X kini telah mengembalikan kegemilangan siri popular itu dengan penawaran spesifikasi yang lebih berkuasa. OPPO Find X hadir dengan paparan skrin penuh yang dikenali sebagai Skrin Gerbang Panoramik (Panoramic Arc Screen) dengan nisbah skrin ke kerangka mencecah sehingga 93.8%.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Bordeaux Red dan juga Glacier Blue.

Lebih istimewanya, sokongan Kamera Stealth 3D yang menempatkan kamera hadapan 25 Megapiksel dan juga kamera utama 16 Megapiksel + 20 Megapiksel turut dilengkapi dengan pelbagai komponen berteknologi tinggi. Ini termasuklah Flood Iluminator, kamera inframerah, sensor jarak dekat, projektor dot dan juga kamera RGB yang boleh disimpan ke dalam kerangka secara automatik sebaik sahaja kamera diaktifkan.

Kamera 3D Stealth yang menempatkan kamera hadapan 25 Megapiksel dan juga dwi kamera utama beresolusi 20 Megapiksel + 16 Megapiksel.

Berbeza dengan fungsi pengecaman wajah pada kebanyakan peranti, OPPO Find X menyokong Struktur Cahaya Pengecaman Wajah 3D yang menjanjikan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding. Malah kamera hadapannya juga turut dilengkapi dengan ciri Omoji dan juga 3D Smart Selfie Capture yang mampu membina model 3D wajah pengguna melalui sokongan teknologi AI bagi menganalisa karakter dan juga ciri-ciri wajah.

OPPO turut memperlihatkan OPPO Find X dengan panel belakang lutsinar bagi membolehkan kita melihat sendiri bagaimana inovasi kamera 3D Stealth beroperasi.

OPPO Find X ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Bordeaux Red atau Glacier Blue dan akan dijual pada harga RM3,699 bermula 5 Ogos 2018 nanti. Pra-tempah OPPO Find X sudah boleh dibuat mulai 17 Julai 2018 dan setiap pesanan pra-tempah akan turut menerima sebuah jam Olike Neo berharga RM399 secara percuma.

Pra-tempah OPPO Find X sudah boleh dibuat mulai hari ini melalui OPPO Online Store, Lazada, Shopee dan juga 11street. Setiap pesanan pra-tempah akan turut menerima Olike Neo bernilai RM399 secara percuma.

Spesifikasi OPPO Find X:

  • ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo
  • Disahkan akan terima kemas kini Android P
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 256GB + RAM 8GB
  • 6.42 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 19.5:9
  • Kamera utama: 20 Megapiksel + 16 Megapiksel (OIS)
  • Kamera hadapan: 25 Megapiksel
  • 3730 mAh (VOOC Charge)
  • USB Type-C, Bluetooth 5.0
  • 156.7 x 74.2 x 9.6mm / 186g
  • Ciri-ciri menarik: Kamera Stealth 3D, Pengecaman wajah 3D
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend