OPPO Find X Akan Hadir Dengan Sokongan RAM Sebesar 10GB Comments Off on OPPO Find X Akan Hadir Dengan Sokongan RAM Sebesar 10GB

OPPO Find X sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun yang lalu, dan ia telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada bulan Julai dengan harga jualan RM3,699. Sebagaimana yang telah dikongsikan sebelum ini, OPPO Find X telah diperkenalkan dalam satu varian sahaja iaitu 8GB + 256GB.

Kini selepas lebih kurang tiga bulan ia dilancarkan, OPPO nampaknya telah merancang untuk memperkenalkan satu lagi varian baharu untuk model OPPO Find X. Apa yang mengejutkan, pendedahan daripada laman rasmi TENAA telah mengesahkan bahawa OPPO Find X akan ditawarkan dengan sokongan RAM sebesar 10GB.

Namun begitu, buat masa ini tarikh pelancaran dan juga harga jualan OPPO Find X dengan RAM berkapasiti 10GB ini masih lagi tidak diketahui.

Spesifikasi OPPO Find X:

  • ColorOS 5.1 berasaskan Android 8.1 Oreo
  • Disahkan akan terima kemas kini Android P
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 256GB + RAM 8GB
  • 6.42 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 19.5:9
  • Kamera utama: 20 Megapiksel + 16 Megapiksel (OIS)
  • Kamera hadapan: 25 Megapiksel
  • 3730 mAh (VOOC Charge)
  • USB Type-C, Bluetooth 5.0
  • 156.7 x 74.2 x 9.6mm / 186g
  • Ciri-ciri menarik: Kamera Stealth 3D, Pengecaman wajah 3D
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend