OPPO F9 Menjadi Siri F Pertama Dari OPPO Yang Menampilkan Gabungan Dua Rona Pada Panel Belakangnya Comments Off on OPPO F9 Menjadi Siri F Pertama Dari OPPO Yang Menampilkan Gabungan Dua Rona Pada Panel Belakangnya

Penggunaan panel belakang dengan gabungan dua rona warna yang berbeza sudah menjadi satu trend pengeluar telefon pintar pada masa kini. Penerimaan trend sebegini sememangnya telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada pengguna, termasuklah pengguna di negara ini.

Jika semalam OPPO Malaysia telah mengesahkan tarikh pelancaran model terbarunya dengan kehadiran OPPO F9 di Malaysia dengan imej acah yang memperlihatkan rekaan takuk kecil pada bahagian atas paparan skrin. Hari ini OPPO Malaysia sekali lagi telah berkongsi satu lagi imej yang mendedahkan penampilan panel belakang OPPO F9.

Ketirisan imej OPPO F9 yang dikongsikan oleh Ben Geskin.

Menurut OPPO Malaysia, OPPO F9 merupakan model pertama dari siri F yang menampilkan gabungan dua rona pada panel belakangnya. Lebih menariknya, ia turut mengekalkan sentuhan kemasan dengan potongan berlian yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan kemasan pada model OPPO F7 sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend