OPPO F9 Dan OPPO F9 Pro Dengan Sokongan Dwi Kamera Bakal Dilancarkan Pada Ogos 2018 Comments Off on OPPO F9 Dan OPPO F9 Pro Dengan Sokongan Dwi Kamera Bakal Dilancarkan Pada Ogos 2018

OPPO baru sahaja melancarkan model OPPO F7 pada Mac lepas, dan model ini telah dijual secara rasmi di pasaran Malaysia pada 21 April 2018 yang lalu. Nampaknya model dari siri F itu bakal menerima model terbarunya apabila imej acah yang dikongsikan oleh OPPO dipercayai akan diperkenalkan tidak lama lagi dengan model OPPO F9.

Menurut maklumat yang tersebar di Internet, model terbaru dari OPPO ini akan dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2018 nanti. Walaupun tiada banyak maklumat yang didedahkan, OPPO F9 disahkan akan menyokong dwi kamera dengan rekaan mendatar mirip seperti OPPO R15 Pro.

Melalui pendedahan yang diperolehi, OPPO F9 akan turut diperkenalkan dalam satu lagi varian berbeza iaitu OPPO F9 Pro dan ia akan dilengkapi dengan sambungan Bluetooth v4.2. Memandangkan siri OPPO F9 ini menyokong modul Bluetooth yang sama seperti OPPO F7, OPPO F7 Youth, OPPO R15 dan juga Realme 1, berkemungkinan besar ia akan dioperasikan dengan cipset MediaTek Helio P60.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend