OPPO F7 Youth Dengan Sokongan AI Beauty 2.0 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,099 Comments Off on OPPO F7 Youth Dengan Sokongan AI Beauty 2.0 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1,099

Bermula dari hari ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan ketersediaan jualan model terbarunya yang hadir dengan harga jualan yang lebih kompetitif iaitu OPPO F7 Youth. Tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Sunrise Red dan Diamond Black, OPPO F7 Youth boleh dimiliki pada harga RM1,099.

Dengan sokongan rekaan paparan Super Full Screen berukuran 6.0 inci FHD+, OPPO F7 Youth yang dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.1 Oreo ini menawarkan keupayaan penggambaran swafoto 8 Megapiksel dengan sentuhan teknologi AI Beauty 2.0. Melalui pengecaman sehingga 296 poin wajah, efek kecantikan dapat diperbaiki dengan lebih sempurna. Tidak cukup dengan itu, ia juga mampu menganalisa wajah berdasarkan jantina, umur, dan juga warna serta jenis kulit.

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek MT6771 Helio P60, ia tampil dalam satu varian sahaja iaitu 64GB + RAM 4GB. Selain itu OPPO F7 Youth juga menyokong bateri berkapasiti 3410 mAh yang mampu menawarkan sehingga 15 jam masa penggunaan berterusan. Ia kini mula dijual secara rasmi di OPPO Concept Store dan juga pengedar yang sah di seluruh negara.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend