OPPO F7 x Neelofa Edition Dengan Kotak Hadiah Eksklusif Hari Raya Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on OPPO F7 x Neelofa Edition Dengan Kotak Hadiah Eksklusif Hari Raya Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Sempena menyambut perayaan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi, OPPO Malaysia bakal meraikannya dengan O-fans di negara ini dengan edisi istimewa OPPO F7 x Neelofa Edition. Kemunculan OPPO F7 edisi istimewa ini telah dicetuskan melalui kolaborasi bersama selebriti popular tempatan iaitu Neelofa yang juga merupakan duta OPPO.

Hadir dalam kotak pembungkusan istimewa yang bermotifkan corak bunga dan juga burung merak, OPPO Malaysia buat masa ini masih lagi belum mendedahkan apakah hadiah istimewa yang didatangkan di dalam kotak tersebut. Buat masa ini harga OPPO F7 x Neelofa Edition belum lagi didedahkan, dan dipercayai ia akan mula dijual sebelum menjelangnya Hari Raya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend