OPPO F7 x Neelofa Edisi Raya Dijual Pada Harga RM1,399 Dan Pra-Tempah Bermula 1 Jun 2018 Comments Off on OPPO F7 x Neelofa Edisi Raya Dijual Pada Harga RM1,399 Dan Pra-Tempah Bermula 1 Jun 2018

Hari ini OPPO Malaysia telah mengumumkan harga jualan untuk OPPO F7 x Neelofa akan kekal sama seperti varian biasa iaitu RM1,399. Bagi yang berminat untuk memiliki OPPO F7 edisi istimewa sempena Hari Raya ini, ia boleh mula dipra-tempah mulai 1 Jun 2018 pada jam 12 tengahari.

OPPO F7 x Neelofa edisi Hari Raya ini akan ditawarkan dalam kotak pembungkusan istimewa dengan corak hasil rekaan Neelofa sendiri. Di dalam kotak pembungkusan ini, pembeli akan turut menerima hadiah percuma iaitu fon kepala Bluetooth, sarung pelindung telefon edisi Raya, kad ucapan Hari Raya dari Neelofa dan juga tudung dengan tandatangan Neelofa edisi Raya.

Selain itu, pengguna juga akan turut menerima gambar swafoto eksklusif dari Neelofa, wallpaper Neelofa dan juga nada dering istimewa dari Neelofa. OPPO F7 x Neelofa boleh dipra-tempah secara eksklusif terus melalui OPPO Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend