OPPO F7 Dengan Teknologi Beauty 2.0 AI Kini Dilancarkan Pada Harga RM1399 Di Malaysia Comments Off on OPPO F7 Dengan Teknologi Beauty 2.0 AI Kini Dilancarkan Pada Harga RM1399 Di Malaysia

Hari ini OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO F7 secara rasmi untuk pasaran di Malaysia. Dilengkapi dengan kamera hadapan 25 Megapiksel dengan sokongan sensor HDR daripada Sony, anda boleh mendapatkan gambar swafoto yang lebih jelas dan terang dalam apa jua persekitaran.

Neelofa dan Hebe Tien selaku duta model OPPO F7 turut hadir memeriahkan majlis pelancaran.

Kehadiran teknologi pengecaman kecantikan AI 2.0 juga secara automatik membantu untuk anda mendapatkan efek kecantikan swafoto yang disesuaikan dengan umur dan juga jantina. Lebih menariknya, OPPO F7 juga turut dilengkapi dengan stiker AR yang menyelitkan elemen animasi yang sangat ceria pada gambar.

 

Keupayaan penggambaran AI ini turut diperkenalkan pada kamera utama beresolusi 16 Megapiksel yang mana ia boleh memastikan pilihan mod penggambaran yang bersesuaian bagi 16 persekitaran atau objek berbeza. Ini termasuklah langit, makanan, salji, matahari terbenam, malam, haiwan, bayi, teks dan banyak lagi.

OPPO F7 menampilkan skrin 6.23 inci FHD+ dengan nisbah paparan 19:9.

OPPO F7 dikuasakan dengan MediaTek Helio P60 dan ia telah dioperasikan oleh antaramuka ColorOS 5.0 AI berasaskan Android 8.1 Oreo. Ia turut menawarkan ruang storan sebesar 64GB, RAM berkapasiti 4GB, bateri berkapasiti 3400 mAh, tiga slot kad (dua SIM dan satu microSD) dan juga paparan skrin berukuran 6.23 inci dengan resolusi FHD+ (2280 x 1080 piksel).

OPPO F7 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan juga warna istimewa Diamond Black yang memiliki efek yang sangat menarik apabila terkena cahaya.

Terdapat tiga pilihan warna boleh anda pilih iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan juga Diamond Black. Pra-tempah OPPO F7 bermula dari 16 hingga 20 April 2018 nanti dan setiap pembeli pra-tempah akan menerima hadiah percuma bernilai RM299 secara percuma. OPPO F7 akan mula dijual di pasaran secara rasmi mulai 21 April ini pada harga RM1,399.

Diamond Black memiliki rekaan panel belakang yang sangat menarik dengan efek potongan berlian.

Selain model 64G + RAM 4GB, OPPO F7 juga turut mengumumkan kehadiran model 128GB + RAM 6GB di dalam majlis pelancaran, tetapi buat masa ini tiada harga jualannya masih belum diumumkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend