OPPO F7 Dengan Sokongan Kamera Swafoto 25 Megapiksel Akan Dilancarkan Di India Comments Off on OPPO F7 Dengan Sokongan Kamera Swafoto 25 Megapiksel Akan Dilancarkan Di India

Belum reda mengenai berita kemunculan model OPPO R15 yang dikatakan akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi di China, kini muncul pula satu lagi model baharu iaitu OPPO F7.

Penggunaan pemain kriket kebangsaan India digunakan untuk mempromosi model OPPO F7 di India.

OPPO F7 yang juga merupakan model pengganti untuk model popular OPPO F5 sebelum ini telah sah akan dilancarkan di India pada 26 Mac 2018 nanti. Malah OPPO India sendiri dilihat telah mula berkongsi imej promosi OPPO F7 itu melalui akaun Twitter mereka dan meminta pengguna untuk meneka nama pemain kriket yang berkemungkinan dipilih sebagai duta model tersebut.

‘Banner’ promosi rasmi OPPO F7 turut tertiris di Internet.

Setakat ini, OPPO F7 dipercayai menyokong skrin berukuran 6.2 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel) dengan nisbah paparan 19:9, rekaan skrin dengan takuk pada bahagian atas mirip seperti iPhone X, dan juga sokongan lensa hadapan beresolusi 25 Megapiksel yang turut dilengkapi teknologi penggambaran AI sama seperti OPPO F5.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend