OPPO F7 Dengan AI Beauty 2.0 Disahkan Akan Hadir Di Pasaran Malaysia April Ini Comments Off on OPPO F7 Dengan AI Beauty 2.0 Disahkan Akan Hadir Di Pasaran Malaysia April Ini

Sambutan yang sangat baik terhadap siri F untuk pasaran tempatan telah mendorong OPPO Malaysia untuk memperkenalkan satu lagi model terbarunya untuk pengguna di negara ini dengan kemunculan model OPPO F7.

OPPO F7 menampilkan rekaan skrin bertakuk berukuran 6.23 inci dengan resolusi 2280 x 1080 piksel, dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P60, dioperasikan dengan ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, pilihan storan 64GB + RAM 4GB atau 128GB + RAM 6GB, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh.

Apa yang menjadikan OPPO F7 lebih istimewa adalah keupayaan penggambaran swafoto 25 Megapiksel yang kini dilengkapi dengan ciri AI Beauty 2.0 yang menjanjikan hasil gambar yang lebih baik.

Buat masa ini, tarikh rasmi pelancaran dan juga harga jualan OPPO F7 masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend