OPPO F7 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 19 April 2018 Comments Off on OPPO F7 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 19 April 2018

Pada minggu lepas kami ada berkongsi bahawa OPPO F7 telah disahkan akan hadir di pasaran Malaysia April ini. Nampaknya hari ini OPPO Malaysia telah mengumumkan tarikh pelancaran model tersebut di Malaysia yang akan berlangsung pada 19 April 2018 nanti.

OPPO F7 yang hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Solar Red, Moonlight Silver dan warna istimewa Diamond Black ini memfokuskan kepada keupayaan penggambaran swafoto beresolusi 25 Megapiksel dengan ciri AI Beauty 2.0. Ia turut menyokong paparan skrin dengan takuk berukuran 6.23 inci FHD+, pemproses MediaTek Helio P60, ColorOS 5.0, dan juga bateri berkapasiti 3400 mAh.

Selain itu, OPPO Malaysia juga baru-baru ini turut mengumumkan kolaborasi terbarunya dengan penyanyi dari Taiwan iaitu Hebe Tien sebagai duta OPPO F7, selain daripada pelakon popular tempatan iaitu Neelofa.

Bagi mendapatkan harga jualan dan juga spesifikasi penuh untuk model OPPO F7 ini, nantikan laporan daripada kami pada hari pelancarannya nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend