OPPO F15 Mula Ditawarkan Di India Pada Harga Kurang RM1200 Comments Off on OPPO F15 Mula Ditawarkan Di India Pada Harga Kurang RM1200

Minggu lalu OPPO telah memperkenalkan telefon pintar terbaru di bawah segmen pertengahan menerusi OPPO F15 untuk pasaran India.

Kini telefon pintar itu dibuka untuk tempahan kepada pengguna di sana pada harga Rs19,900 (~RM1139) sebuah.

OPPO F15 atau OPPO A91 (nama global) hadir dengan pilihan warna Lightening Black dan Unicorn White melalui panel badan berasaskan kaca dan kerangka logam.

Spesifikasinya pula menawarkan cip pemproses MediaTek MT6771V Helio P70, memori 8GB RAM, dan storan seluas 128GB yang menyokong kad microSD.

Telefon ini menyediakan kuadkamera belakang membariskan lensa 48MP utama+8MP ultralebar+2MP potret+2MP mono dan untuk depan ia didatangkan dengan kamera swafoto 16MP.

OPPO F15 dipadankan bersama skrin AMOLED 6.4-inci FHD+ yang menyokong pengimbas cap jari bawah skrin berteknologi 3.0. Kesemuanya berada di atas bateri berkapasiti 4000mAh yang boleh dicas pantas menerusi VOOC 3.0.

Ketersediaan OPPO F15 atau A91 untuk pasaran selain India masih lagi belum diumumkan. Adakah peranti ini akan memasuki Malaysia dalam masa terdekat ini? Kami sendiri belum boleh pastikan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend