OPPO F15 Bakal Dilancarkan Bulan Depan Di India Dengan Rekaan Takuk Kecil Dan Tiga Kamera Utama Comments Off on OPPO F15 Bakal Dilancarkan Bulan Depan Di India Dengan Rekaan Takuk Kecil Dan Tiga Kamera Utama

Selepas siri Reno3 dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas, kini OPPO India pula dikhabarkan akan hadir dengan satu lagi model terbaharu iaitu OPPO F15 yang akan dirasmikan menjelang bulan depan. Bahkan akaun Twitter rasmi OPPO India juga kini dilihat telah mula memuat naik gambar acah peranti itu.

Berdasarkan video acah rasmi yang dikongsikan, OPPO F15 dapat disahkan akan hadir dengan rekaan takuk kecil dan juga dilengkapi dengan sokongan tiga kamera utama. Namun berbeza dengan siri OPPO F11, tiada sensor pengimbas cap jari fizikal berjaya ditemui pada bahagian panel belakangnya. Jadi berkemungkinan besar OPPO F15 akan menggunakan pengimbas cap jari pada skrin.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada spesifikasi terperinci seperti jenis cipset, memori dan juga kapasiti bateri yang akan digunakan pada OPPO F15. Malah tarikh pelancaran rasminya juga masih belum didedahkan kepada umum buat masa ini.

Baca juga:

OPPO Reno3/Reno3 Pro Kini Rasmi Dengan Sokongan 5G, VOOC 4.0, Skrin 90Hz, Dimensity 1000L

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend