OPPO F11 Pro Varian 128GB Kini Tersedia Dalam Warna ‘Waterfall Gray’ Pada Harga RM1,299 Comments Off on OPPO F11 Pro Varian 128GB Kini Tersedia Dalam Warna ‘Waterfall Gray’ Pada Harga RM1,299

Bermula hari ini (7 Mei 2019), OPPO Malaysia telah mengumumkan ketersediaan OPPO F11 Pro varian 6GB + 128GB dalam warna baharu ‘Waterfall Gray’. Dijual pada harga RM1,299, ia sudah boleh dimiliki di kedai konsep OPPO, wakil penjual OPPO yang sah, ataupun melalui platform e-dagang Lazada dan Shopee.

Warna Waterfall Gray ini menampilkan efek warna cerun kelabu dan ungu pada bahagian bawah kerangkanya. Penawaran warna baharu ini secara tidak langsung telah melengkapkan lagi pilihan warna sedia ada OPPO F11 Pro iaitu Thunder Black dan Aurora Green.

OPPO F11 Pro dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio P70, bateri berkapasiti 4000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0, dwi kamera 48MP + 5MP, kamera depan terangkat 16MP, dan dijana dengan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie.

Beli OPPO F11 Pro ‘Waterfall Gray’ (128GB) secara dalam talian di:

Baca juga:

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend