Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,399 Comments Off on Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,399

Oppo Malaysia sebentar tadi telah mengumumkan kerjasama dengan Marvel Studios’ Avengers: Endgame bagi melancarkan telefon pintar edisi terhad, F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition ke pasaran tempatan.

Peranti ini diumumkan pada harga RM1,399 seunit dan ia didatangkan dengan kotak pembungkusan berwarna hitam bertemakan Avenger: Endgame. Pakej pembelian merangkumi barangan eksklusif seperti sarung pelindung Captain America (boleh menjadi stand casing), 6 lencana emas adiwira dicop pada kotak, kepala pengecas, kabel, dan fon telinga (ketiga-tiganya berwarna putih).


Apa yang membezakan F11 Pro Marvel’s Avengers dengan F11 biasa adalah pada bahagian luarannya. Peranti ini diperkemaskan dengan warna biru pada keseluruhan kerangka dan panel bersama cetakan logo ‘A’ berwarna merah. Ukiran laser juga boleh dilihat pada bahagian atas modul kamera belakang. Manakala butang kuasa telah dicat dengan warna merah dan hijau bagi memberikan sedikit rupa kosmetik.

Daripada segi dalaman, ia menawarkan memori 6GB RAM dan 128GB storan, cip pemproses MediaTek Helio P70, dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 yang mana kesemuanya adalah sama seperti F11 Pro biasa.



Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition boleh ditempah bermula 24 April hingga 3 Mei 2019 secara dalam talian di Oppo Online Store, Lazada, dan Shopee. Selain itu, Oppo turut bekerjasama dengan Celcom dalam penawaran peranti ini.

Kata Oppo, peranti ini ditawarkan dengan jumlah yang amat terhad sekitar 500 unit sahaja. Jadi, bagi yang berminat untuk mendapatkan F11 Pro Marvel’s Avenger ini, anda perlu segera membuat tempahan di tiga platfom dalam talian yang kami sebutkan tadi.

Baca juga:

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Akan Diperkenalkan Serentak Dengan Tayangan Pertama

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Bakal Hadir Dengan Memori Lebih Besar

Oppo F11 Pro Diumumkan Pada Harga RM1,399 – Kamera 48MP, Skrin Penuh, Warna Cerun Unik

[Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend