Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Akan Diperkenalkan Serentak Dengan Tayangan Pertama Comments Off on Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Akan Diperkenalkan Serentak Dengan Tayangan Pertama

Berbaki dua minggu lagi filem Avengers: End Game akan ditayangkan kepada umum. Populariti sekual filem Marvel ini telah membuatkan beberapa pengeluar produk mula menghasilkan barangan eksklusif termasuk lah pengeluar telefon pintar terkenal, Oppo.

Dinamakan Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition, ia merupakan telefon pintar edisi khas yang dikeluarkan dengan unit terhad. Menariknya, peranti ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada hari yang sama tayangan pertama iaitu pada 24 April 2019 melalui pengumuman terbaru.

Oppo F11 Pro edisi Marvel ini didatangkan dengan kemasan warna biru dengan corak logo Avengers pada panel belakang. Berdasarkan poster acah yang dikongsikan, peranti ini mungkin membawakan antaramuka bertemakan filem pada masa sama masih menawarkan kamera terangkat sebesar 32 Megapiksel.

Ia juga menyediakan teknologi pengecasan pantas, VOOC Flash Charge 3.0 bersama ciri HyperBoost bagi meningkatkan lagi prestasi peranti semasa bermain permainan video. Berkenaan harga, pihak Oppo Malaysia masih belum mendedahkannya dan kita akan melihatnya pada hari pelancaran kelak.

[Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend