Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Bakal Hadir Dengan Memori Lebih Besar Comments Off on Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Bakal Hadir Dengan Memori Lebih Besar 787

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition merupakan peranti edisi terhad yang akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April, serentak dengan tayangan pertama filem Avengers: End Game.

Pengumuman mengenai kehadiran peranti minggu lalu tidak menyertakan sebarang info tentang spesifikasi, bagaimanapun pada hari ini pihak Oppo telah mengumumkan serba sedikit tentang penawarannya.

Oppo F11 Pro Marvel’s Edition bakal tiba dengan kapasiti memori RAM sebesar 6GB dan storan seluas 128GB – lebih besar berbanding versi biasa 64GB. Selain daripada itu, imej acah turut menunjukkan peranti dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio P70 yang kami lihat tiada beza daripada versi sedia ada.

Peranti edisi terhad ini ditawarkan kepada peminat Avengers melalui satu pilihan warna sahaja, biru dengan corak logo berwarna merah. Setakat ini tiada info berkaitan lain dan kami menganggap spesifikasi lain hampir serupa dengan versi asal.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend