Oppo F11 Pro Diumumkan Pada Harga RM1,399 – Kamera 48MP, Skrin Penuh, Warna Cerun Unik Comments Off on Oppo F11 Pro Diumumkan Pada Harga RM1,399 – Kamera 48MP, Skrin Penuh, Warna Cerun Unik

Kemaskini: Harga rasmi kini diturunkan kepada RM1,299.

Peranti terbaharu Oppo F11 Pro akhirnya dilancarkan untuk pasaran tempatan pada harga RM1,399 seunit. Oppo F11 Pro merupakan peranti pertama Oppo yang menggunakan kamera terangkat malah yang pertama juga menggunakan kamera sebesar 48MP.

Pada harga yang kompetitif, peranti ini menawarkan rekaan skrin penuh bersaiz 6.53-inci LCD malah seperti yang anda dapat lihat, peranti ini tidak memiliki sebarang takuk di atas paparan skrin. Ini sekaligus menjadikan reka bentuk peranti tampak lebih moden selari dengan perkembangan teknologi semasa. Peranti ini didatangkan dengan dua pilihan warna Thunder Black dan Aurora Green yang mana warna Thunder Black hadir dengan warna cerun tiga tona.

Cipset yang dimuatkan bagi menguasa peranti adalah daripada MediaTek Helio P70 bersama kekuatan memori sebesar 6GB RAM serta 64GB storan. Menurut Oppo, peranti yang memiliki bateri 4,000mAh ini boleh dicas hingga penuh hanya dalam tempoh 80 minit menerusi teknologi VOOC 3.0.

Pada jabatan kamera, ia hadir dengan konfigurasi dwi kamera belakang 48MP dan 5MP yang menyokong ciri penggambaran malam seakan Oppo R17 Pro. Sementara di depan, ia tampil dengan sensor kamera 16MP yang boleh terangkat sebaik aplikasi kamera dilancarkan. Bagi melengkapkan peranti, ia dijana sistem perisian dalaman Color OS 6 berasaskan Android 9.0 Pie.

Bagi mereka yang berminat dengan Oppo F11 Pro, mereka boleh mendapatkannya di mana-mana wakil penjual sah Oppo di seluruh negara bermula hari ini.

Baca juga:

[Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend