OPPO F11 Pro Dengan Dwi Kamera 48MP Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019 Comments Off on OPPO F11 Pro Dengan Dwi Kamera 48MP Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac 2019

Selepas dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas untuk pasaran di India, hari ini OPPO Malaysia telah mengesahkan ketibaan model OPPO F11 Pro ini untuk pasaran tempatan menjelang minggu depan. Sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini, OPPO F11 Pro telah dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Mac 2019 nanti.

OPPO F11 Pro menampilkan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.5 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), dikuasakan dengan MediaTek Helio P70, konfigurasi memori 6GB + 64GB, dioperasikan oleh ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga menyokong bateri berkapasiti 4000 mAh dengan teknologi VOOC Flash Charge 3.0.

Ditawarkan dalam dua warna iaitu Thunder Black dan Aurora Green, OPPO F11 Pro hadir dengan kamera pop-up (Rising Camera) beresolusi 16MP, dan juga dwi kamera utama beresolusi 48MP + 5MP. Bagi mengetahui harga jualan rasmi di Malaysia dan juga apakah hadiah percuma yang akan diberikan dengan setiap pembelian, nantikan pendedahannya pada 19 Mac 2019 depan.

Baca juga:

OPPO F11 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Helio P70, Kamera 48MP, Bateri 4000 mAh Dan VOOC 3.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend