Oppo F11 Pro (6GB+128GB) Turun Harga Bermula 1 Mei 2019 Comments Off on Oppo F11 Pro (6GB+128GB) Turun Harga Bermula 1 Mei 2019

Berita baik kepada peminat Oppo di luar sana, Oppo Malaysia akan mula menjual peranti terbaru mereka, Oppo F11 Pro pada harga baharu bermula esok, 1 Mei 2019. Harga peranti tersebut akan dikurangkan kepada RM1,299 berbanding sebelum ini RM1,399.

Oppo F11 Pro versi 6GB+128GB boleh didapati melalui kedai dalam talian Oppo Official atau rakan e-dagang Lazada dan Shopee selain boleh terus mendapatkannya di mana-mana kedai fizikal Oppo seluruh negara.

Manakala untuk versi 6GB+64GB pula ia akan didatangkan dengan pakej jaminan ekstra selama 365 hari serta jaminan perlindungan skrin selama setahun – kedua-duanya bernilai RM198.

Oppo F11 Pro hadir dengan kamera depan terangkat 16MP dan kamera utama 48MP. Ia dijana cip pemproses MediaTek Helio P70 dan dikuasakan bateri sebesar 4,000mAh yang menyokong pengecasan VOOC 3.0. Sistem operasi pula dihidupkan di atas Colos OS 6 berasaskan Android 9 Pie.

Baca juga:

[Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black

Oppo F11 Pro Marvel’s Avengers Limited Edition Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend