OPPO F11 Berharga RM1,099 Dengan VOOC 3.0 Dan Kamera 48MP + 5MP Kini Boleh Dibeli Di Kedai Fizikal Comments Off on OPPO F11 Berharga RM1,099 Dengan VOOC 3.0 Dan Kamera 48MP + 5MP Kini Boleh Dibeli Di Kedai Fizikal

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan OPPO F11 pada pertengahan April 2019 dan ia dijual dengan tanda harga RM1,099. Namun begitu, pemilikan OPPO F11 hanya boleh dibeli secara eksklusif melalui platform e-dagang Shopee sahaja. Bermula hari ini, OPPO F11 telah diumumkan sudah boleh dibeli secara atas talian dan juga melalui kedai fizikal di seluruh negara.

OPPO F11 tidak menyokong rekaan kamera terangkat sebagaimana OPPO F11 Pro, tetapi kini kamera depannya ditempatkan pada takuk kecil.

OPPO F11 dikuasakan dengan cipset MediaTek Helio P70, RAM berkapasiti 4GB, storan 128GB, paparan skrin Corning Gorilla Glass 5 berukuran 6.53 inci IPS LCD FHD+, dan juga bateri berkapasiti 4020 mAh dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge.

Dua warna boleh dipilih iaitu biru dan juga hijau.

Kamera utamanya dilengkapi dengan dwi lensa 48MP (f/1.8) + 5MP (f/2.4) dengan sokongan mod penggambaran malam yang dikenali sebagai Ultra Night Mode. Manakala kamera depannya pula hadir dengan lensa 16MP (f/2.0) yang ditempatkan pada takuk kecil pada skrin.

Beli OPPO F11 berharga RM1,099:

Baca juga:

Oppo F11 Berharga RM1,099 Akan Mula Dijual Pada 19 April Eksklusif Di Shopee

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend