Oppo F11 Berharga RM1,099 Akan Mula Dijual Pada 19 April Eksklusif Di Shopee Comments Off on Oppo F11 Berharga RM1,099 Akan Mula Dijual Pada 19 April Eksklusif Di Shopee 398

Selepas F11 Pro dilancarkan di Malaysia pada bulan lalu, Oppo Malaysia sekali lagi membuat kemunculan kali ini melancarkan Oppo F11 pula. Jika F11 Pro boleh didapati di mana-mana kedai telefon di seluruh negara, untuk F11 ia hanya dijual secara eksklusif di Shopee.

Diperkenalkan pada harga RM1,099, Oppo F11 hadir dengan skrin 6.53-inci IPS LCD FHD+, paparan dilapisi Corning Gorilla Glass 5, cip pemproses MediaTek Helio P70, diikuti memori 4GB RAM dan 128GB storan. Ia dikuasakan bateri berkapasiti 4,020mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 – sama seperti versi Pro.

Pada bahagian kamera, ia didatangkan dengan dwi-lensa 48MP f/1.8 dan 5MP f/2.4  yang berupaya mengambil gambar malam dengan terang melalui ciri Ultra Night Mode. Sementara kamera depan pula menyediakan sensor 16MP f/2.0 juga sama seperti model Pro.

Perbezaan ketara antara F11 dan F11 Pro yang boleh anda lihat adalah pada rekaan kamera depannya. F11 tidak memiliki kamera terangkat sebaliknya menggunakan kamera yang terletak pada paparan skrin. Daripada segi sistem operasi F11 lengkap dengan perisian terkini ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie selain menyokong dwi-SIM, Bluetooth 5.0, serta pengimbas cap jari.

Oppo F11 mula dijual pada 19 April ini dan bersempena dengan hari pertama penjualannya, Shopee menawarkan peranti ini pada harga hanya RM999 sahaja. Tawaran menarik ini diadakan sepanjang hari berkenaan dan pastinya akan habis terjual pada masa singkat. Jadi untuk mengelakkanya, pastikan anda dapatkan Oppo F11 ini sebaik sahaja tawaran dibuka.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend