OPPO F11 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 April 2019, Eksklusif Di Shopee Comments Off on OPPO F11 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 16 April 2019, Eksklusif Di Shopee 208

OPPO Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan model OPPO F11 Pro secara rasmi di negara ini pada bulan Mac yang lepas, dan sudahpun boleh dimiliki di pasaran pada harga RM1,299.

Harga jualan rasmi untuk OPPO F11 Pro kini adalah RM1,299.

Nampaknya OPPO Malaysia bakal menawarkan satu lagi varian untuk model tersebut dengan penawaran OPPO F11 untuk pengguna Malaysia. Berbeza dengan OPPO F11 Pro, model terbaharu daripada OPPO itu menampilkan penampilan fizikal yang sedikit berbeza iaitu hadir dengan rekaan takuk untuk menempatkan lensa 16MP, dan juga dwi kamera utama yang lebih ringkas rekaannya.

Dari segi spesifikasi pula, OPPO F11 dikuasakan dengan MediaTek Helio P70, RAM 4GB, ruang storan 128GB, paparan skrin 6.53 inci FHD+, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0. Keupayaan penggambarannya pula masih dikekalkan dengan lensa 48MP + 5MP.

OPPO F11 dilihat tampil dengan paparan skrin dengan takuk kecil.

OPPO F11 akan dilancarkan secara rasmi esok (16 April 2019) dan hanya boleh dibeli secara eksklusif melalui platform e-dagang Shopee. Bagi mengetahui harga jualan dan juga ganjaran menarik yang akan ditawarkan, nantikan pelancaran rasminya esok.

Baca juga:

Oppo F11 Pro Diumumkan Pada Harga RM1,399 – Kamera 48MP, Skrin Penuh, Warna Cerun Unik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend