OPPO, Ericsson, Dan MediaTek Semakin Hampir Menawarkan Panggilan VoNR Comments Off on OPPO, Ericsson, Dan MediaTek Semakin Hampir Menawarkan Panggilan VoNR

OPPO hari ini telah mengumumkan kejayaan mereka membuat panggilan suara dan video 5G melalui panggilan yang dinamakan VoNR (Voice/Video on New Radio).

Panggilan itu dibuat menerusi telefon pintar komersial yang telah diubah suai yang turut memuatkan SoC siri MediaTek Dimensity 1000 dengan sokongan rangkaian 5G Standalone (SA) daripada Ericsson Radio System.

VoNR secara asasnya ialah perkhidmatan panggilan asas yang sepenuhnya bergantung kepada rangkaian 5A yang menggunakan seni bina SA. Berbanding perkhidmatan panggilan terdahulu, VoNR dapat memberikan tahap kependaman yang jauh lebih rendah, kualiti suara dan gambar yang lebih baik, serta menghasilkan pengalaman keseluruhan yang tinggi kepada pengguna.

Seni bina SA kini menjadikan salah satu seni bina arus perdana untuk rangkaian 5G. Kini dengan penglibatan OPPO, ia bakal melengkapkan pengalaman 5G kepada pengguna akhir kelak.

Pada 2019, OPPO telah menyertai rakan kongsi untuk menerajui pelaksanaan panggilan data video pertama di dunia berdasarkan teknologi Perkongsian Spektrum Dinamik (DSS). Sehingga Februari 2020, OPPO telah memfailkan lebih 2,900 permohonan paten global dan mengisytiharkan 1,000 Standard Essential Patents kepada Institut Piawaian Telekomunikasi Eropah (ETSI).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend