OPPO Enco W31 Turut Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM259 Comments Off on OPPO Enco W31 Turut Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM259

Serentak dengan pelancaran telefon pintar OPPO A92, OPPO Malaysia turut memperkenalkan OPPO Enco W31 yang merupakan aksesori fon telinga TWS (True Wireless Stereo) terbaharunya daripada OPPO.

Ditawarkan dalam warna hitam dan putih, OPPO Enco W31 akan dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM259. Lebih menariknya, OPPO Enco W31 akan boleh dimiliki pada harga hanya RM199 melalui pra-tempah yang dibuat bermula hari ini (4 Mei 2020) hingga 8 Mei 2020 nanti.

OPPO Enco W31 yang menjanjikan ciri kalis percikan air dengan pengiktirafan IP54 ini turut menyokong kawalan sentuhan pada bahagian sisi fon telinganya dan ia menjanjikan sambungan dengan kependaman rendah (low-latency) menggunakan Bluetooth 5.0.

Hadir dengan sokongan mikrofon untuk menjawab panggilan, OPPO Enco W31 mampu dioperasikan sehingga 3.5 jam atau sehingga 15 jam dengan sokongan bekas simpanan yang boleh dicas menggunakan port USB Type-C.

Pra-tempah OPPO Enco W31 pada harga hanya RM199 melalui saluran berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend