OPPO Enco W31 Ditawarkan Pada Harga RM129 Apabila Dibeli Bersama-sama Dengan OPPO A92 Comments Off on OPPO Enco W31 Ditawarkan Pada Harga RM129 Apabila Dibeli Bersama-sama Dengan OPPO A92

OPPO Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar OPPO A92 dan juga aksesori fon telinga TWS OPPO Enco W31 untuk pasaran tempatan secara rasmi semalam.

Bagi meraikan pelancaran telefon pintar terbaharunya itu, OPPO Malaysia kini telah menganjurkan promosi jualan belian atas belian yang menawarkan OPPO Enco W31 pada harga hanya RM129 (harga asal RM199), apabila dibeli bersama-sama dengan OPPO A92.

OPPO Enco W31 merupakan fon telinga TWS dengan ciri kependaman rendah melalui sokongan Bluetooth 5.0, ciri kalis percikan air IP54, dan juga ketahanan bateri sehingga 15 jam dengan sokongan bekas simpanan.

OPPO A92 yang dijual pada harga RM1,199 pula dikuasakan dengan Snapdragon 665, kombinasi memori 8GB + 128GB, skrin IPS LCD 6.5 inci FHD+, kuad kamera dengan lensa utama 48MP, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, dan juga speaker stereo.

Pra-tempah OPPO A92 dan OPPO Enco W31:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend