OPPO Enco Free Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499 Comments Off on OPPO Enco Free Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499

Sudah menjadi satu trend kepada pengeluar telefon pintar untuk turut memperkenalkan produk IoT (Internet of Things), dan OPPO nampaknya tidak terkecuali dengan kehadiran fon telinga tanpa wayar terbaharunya iaitu OPPO Enco Free.

Bagi yang berminat untuk memiliki produk TWS (True Wireless Stereo), OPPO Malaysia telahpun mengumumkan ketersediaan jualan OPPO Enco Free untuk pasaran tempatan bermula hari ini (16 Januari 2020).

Dijual pada harga RM499, OPPO Enco Free ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu hitam dan putih. Ia boleh dibeli melalui saluran rasmi seperti berikut:

OPPO Enco Free yang menyokong ketahanan bateri sehingga 25 jam, turut tersedia dengan teknologi yang mampu memastikan sambungan kedua-dua fon telinga itu secara serentak dengan lebih cepat apabila penutup bekas simpanannya dibuka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.oppo.com/en/accessory-headphone-oppo-enco-free/

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend