OPPO Enco Free Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar, Pemacu 13.4mm, Hayat Bateri 25 Jam Comments Off on OPPO Enco Free Dilancarkan Dengan Pembatalan Hingar, Pemacu 13.4mm, Hayat Bateri 25 Jam

Dalam majlis pelancaran Reno3 dan Reno3 Pro, OPPO turut mengumumkan OPPO Enco Free untuk pasaran China. Ia merupakan TWS pertama keluaran syarikat yang menawarkan ciri-ciri terkini setanding dengan fon telinga tanpa wayar sepenuhnya lain di pasaran.

Mula dijual pada 31 Disember ini di China, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah OPPO Enco Free hadir dengan sokongan pembatalan hingar berasaskan AI. Secara asas, fungsi ini akan melaraskan panggilan suara dan persekitaran luar mengikut situasi.

Pada sistem audio pula, pemacu dinamik sebesar 13.4mm telah disumbatkan untuk memberi jarak respon frekuensi antara 16Hz ke 20KHz. Bunyi audio menjadi lebih mantap apabila OPPO turut meletakkan litar dwi-magnetic dan composite diaphragm padanya.

Walaupun reka bentuk Enco Free ini hanya separa dalam telinga, ia mempunyai getah silikon di bahagian hujung untuk tujuan keselesaan. Dengan berat 4.6g, setiap satu Enco Free membawakan sokongan kalis percikan air menerusi pengiktirafan IPX4.

Selain itu, Enco Free turut menyokong dwi-mikrofon berteknologi beam-forming untuk panggilan suara yang lebih jernih dan jelas. Tambahan, ia juga didatangkan dengan sistem kependaman 120ms yang sesuai digunakan untuk permainan mudah alih.

Enco Free menawarkan hayat bateri sehingga 3 jam panggilan dan 5 jam main semula muzik. Apabila disimpan di dalam bekasnya, Enco Free boleh dicas semula sebanyak empat kali menjadikan masa keseluruhan mendengar muzik mencecah 25 jam. Manakala mengecas bekas pula boleh dibuat menggunakan kabel USB Type-C.

Pengguna boleh mengawal Enco Free sama ada menerusi telefon pintar ataupun dengan kawalan sentuha. Dengan meleret jari padanya, pengguna boleh menaikkan dan menurunkan tahap suara ataupun menukar muzik. Sementara sentuhan dua kali pula membolehkan Enco Free menjawab panggilan atau main/henti seketika muzik.

OPPO Enco Free hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam, dan merah jambu. Harga jualan di China ialah CNY699 atau sekitar RM412 seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend