OPPO Enco Free Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Pada 16 Januari Ini Comments Off on OPPO Enco Free Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Pada 16 Januari Ini

Selepas diperkenalkan di China pada akhir Disember tahun lalu, OPPO Enco Free kini disahkan dalam perjalanan ke Malaysia pula.

OPPO Enco Free hadir dengan sokongan pembatalan hingar berasaskan AI. Secara asas, fungsi ini akan melaraskan panggilan suara dan persekitaran luar mengikut situasi. Pemacu dinamik sebesar 13.4mm pula menawarkan bunyi audio yang mantap melalui litar dwi-magnetic dan composite diaphragm.

Enco Free boleh memainkan semula muzik untuk tempoh 5 jam dan masa panggilan hingga 3 jam. Bekasnya pula boleh mengecas Enco Free sebanyak empat kali dengan masa mendengar muzik hingga 25 jam. Pengecasan semula bekas boleh dibuat menggunakan kabel USB Type-C.

OPPO Malaysia buat masa ini hanya mengumumkan tarikh ketibaan TWS mereka tetapi belum menggantung tanda harga untuk produk tersebut. Apa-apapun kita bakal mengetahuinya pada minggu hadapan, 16 Januari 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend