OPPO Dan Elfira Loy Meraikan Kanak-Kanak Di Rumah Titian Kaseh Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Bulan Ramadan Comments Off on OPPO Dan Elfira Loy Meraikan Kanak-Kanak Di Rumah Titian Kaseh Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Bulan Ramadan

OPPO Malaysia baru-baru ini tidak mengabaikan tanggungjawab sosialnya di bulan yang mulia ini apabila telah berbesar hati untuk menceriakan kanak-kanak di Rumah Titian Kaseh yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa. Lebih istimewanya, OPPO Malaysia turut menjemput pelakon terkenal Elfira Loy sebagai tetamu khas untuk meluangkan masa bersama kanak-kanak ini.

Di dalam kunjungan ke Rumah Titian Kaseh ini, OPPO Malaysia telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan termasuklah sesi ‘berbuka puasa’ bersama kanak-kanak di rumah kebajikan itu. Keseronokan petang itu telah dimulakan dengan penyertaan Elfira Loy untuk bermain beberapa permainan interaktif bersama kanak-kanak ini termasuklah permainan seni pasir berwarna, dan kemudian diikuti dengan pertunjukan dari Ollie iaitu maskot rasmi OPPO.

Elfira Loy turut berkesempatan mengedarkan beg hadiah dan juga barangan keperluan kepada penghuni rumah kebajikan itu. Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan, OPPO Malaysia turut menyumbangkan bantuan kewangan bernilai RM10,000 di mana ianya adalah sebahagian dari hasil keuntungan jualan OPPO F7 x Neelofa.

Info ringkas Rumah Titian Kaseh:

Rumah Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 dengan tujuan melindungi ibu tunggal dan anak yatim. Objektif utamanya adalah untuk membantu memperbaiki dan memulihkan kualiti hidup para penghuninya, sehingga mereka dapat berdikari. Sehingga kini rumah kebajikan ini menempatkan seramai 95 orang kanak-kanak termasuk 25 orang dari kalangan ibu tunggal, OKU dan warga emas.

Anda boleh membuat sumbangan ikhlas ke Rumah Titian Kaseh yang beralamat di:

No. 15, Jalan Persiaran Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa,

53200, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,

Telefon: 03-4023 5769

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend