OPPO Berjaya Membuat Panggilan Video WeChat Dengan Menggunakan Telefon Pintar 5G Comments Off on OPPO Berjaya Membuat Panggilan Video WeChat Dengan Menggunakan Telefon Pintar 5G

Hari ini Naib Presiden OPPO iaitu Shen Yiren mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membuat panggilan video WeChat yang pertama di dunia. Pengumumkan yang dibuat dalam laman sosial Weibo itu telah mendedahkan kejayaan panggilan video yang dibuat menggunakan telefon pintar 5G yang dibangunkan oleh OPPO.

Kejayaan ini telah menyaksikan perkembangan positif daripada ujian rangkaian 5G pada OPPO R15 yang telah diubah suai dengan sokongan modem Snapdragon X50 5G pada Ogos yang lalu. Persidangan video menggunakan aplikasi WeChat itu telah berjaya dilakukan pada 30 November jam 12:57 pagi (waktu di China).

Pengumuman ini turut menyaksikan keupayaan OPPO dalam menyiapkan peranti dengan sokongan 5G yang boleh dikomersialkan tidak lama lagi. Usaha OPPO dalam menghasilkan telefon pintar 5G telah dimulakan sejak tahun 2015 yang lalu dan syarikat yang berasal dari China ini telah menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam mempromosikan pembangunan produk 5G.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend